Berdasarkan Pemetaan Fungsi BSTP kepada JPN (SSTP) dan PPD (USTP) terdapat 4 Bidang utama iaitu :
- Dasar & Kualiti Sumber & Teknologi Pendidikan
- Pengintegrasian Teknologi Pendidikan
- Pembangunan Bahan Pembelajaran
- Pelantar Pembelajaran
Berikut merupakan pecahan tugas USTP berdasarkan 4 Bidang utama tersebut.
1. Dasar & Kualiti Sumber & Teknologi Pendidikan
- Melaksana aktiviti sumber dan teknologi pendidikan yang dirancang.
- Membantu penilaian penggunaan teknologi dalam pdp dan pengurusan sekolah.
- Menyelaras penggunaan premis sebagai pusat latihan pembangunan sumber dan teknologi pendidikan di peringkat daerah.
2. Pengintegrasian Teknologi Pendidikan
- Memeberi khidmat bantu, bimbingan dan kepakaran dalam pengintegrasian teknologi pendidikan dan literasi digital dalam pdp dan pdt.
- Memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan pusat sumber sekolah, program galakan membaca dan literasi maklumat.
3. Pembangunan Bahan Pembelajaran
- Memberi khidmat bantu dan bimbingan pneyediaan dan penerbitan bahan multimedia, audio dan video pendidikan mengikut piawai yang ditetapkan.
- Mengedar dan mempromosi serta memberi khidmat sokongan penggunaan sumber dan teknologi pendidikan.
4. Pelantar Pembelajaran
- Memberi khidmat bantu dan bimbingan penggunaan pelantar pembelajaran dan aplikasi sumber pendidikan bagi menyokong pembelajaran digital dan penggunaan pelbagai peranti.