Penang Bridge International Marathon 2022 baru sahaja melabuhkan tirai pada 11hb Disember 2022. Alhamdulillah berjaya juga tamatkan larian 21.1km (Half Marathon) dalam tempoh masa yang di tetapkan. Dapat la juga finisher madel dan tshirt ✌walaupun dah hujung-hujung larian kaki dah bagi isyarat tak boleh berlari lagi. Teringat pesan orang lama, listen to your body, kalau sambung juga lari mesti tersadai di tepi jalan.. Maksudnya masih belum cukup fit dan tak cukup training lagi. InsyaAllah akan usaha untuk bangkit next event.
Lepas ni kena training lebih bagi, kalau boleh nak baiki masa untuk PBIM 2023 insyaAllah. Memang tak ada plan nak join mana2 event luar dari Penang. Jadi boleh fokus 1 atau 2 event ja untuk 2023, hujung minggu cuba dapatkan sehari utk 10km sebagai persaiapan untuk 2nd HM tahun depan.