Merindui makna pelangi yang seperti dulu..

 Ahad lepas selepas balik dari Cameron Highland (tak sempat lagi nak share gambar2 di sana, insyaAllah next post), balik ke Parit Haji Amin kampung wife. Petang dalam pukul 6.50ptg anak kedua saya menjerit panggil saya nak bagi tau kata dia nampak pelangi. Punya la teruja, tapi tak kata memang cantik sgt2 pelagi ptg tu. Sempat la saya rakam gambar dan video untuk kenangan guna Poco X3pro. 





Bila saya post di FB gambar ni saya terpaksa tulis juga yang post ini tak ada kaitan dgn LGBT. Sedih sangat bila di fikirkan yang pelangi hari ini sudah di pandang serong, dan membawa maksud tidak baik di sebabkan manusia BODOH yang memperjuangkan benda songsang dengan menggunakan warna bendera pelangi. 
Fitrah kanak-kanak suka pada warna yang pelbagai seperti pelangi. Terbukti pelangi merupakan kejadian ciptaan tuhan yang sangat cantik dan unik malah jarang-jarang muncul menjadikan ianya sangat istimewa. 
Atas nama kebebasan yang disalah erti manusia-manusia ini cuba memperjuangkan benda yang lari dari hukum alam dan fitrah manusia sebenar. Dalam piala dunia 2022 Qatar mengharamkan bendera pelangi, rainbow captain arm band dan unsur2 pelangi yang boleh di kaitkan dengan LGBT, anak-anak bertanya kenapa ranibow tak boleh?? 
Rasanya pelangi tidak akan lagi jadi seperti dulu dan kita ibu bapa perlu fahamkan anak-anak kita supaya jelas tentang pekara ini dan kita perlu berhati-hati kerana fahaman sonsang ini semakin berkembang dan diperjuangkan di negara-negara JAHIL di Barat terutamanya.. 


1 Comments

Previous Post Next Post