Selamat Datang ke CikguMuktasim.com


Dah lama sangat tak menulis blog, sebenarnya saya pernah menjadi blogger sejak 2011 cuma waktu tu fokus utama penulisan saya adalah fokus kepada dunia fotografi yang mana merupakan hobi dan pada masa tersebut juga merupakan sumber pendapatan sampingan saya sebagai jurugambar perkahwinan. 

Masa tu ada komuniti blogger yang sangat aktif, banyak program dan event antara blogger. Waktu tu tak ramai lagi youtuber dan sekarang boleh di katakan semua rakan2 blogger dah beralih arah menjadi youtuber dan fokus kepada vlog. 

Untuk permulaan CikguMuktasim.com ini saya akan cuba untuk jadikan platform perkongsian ilmu berkaitan teknologi pendidikan. Walaupun saya tidak lagi mengajar di sekolah, saya rasa saya masih boleh berkongsi ilmu yang tak banyak ada pada saya kepada siapa sahaja yang memerlukan dengan menggunakan saluran Blog dan juga Youtube. 

Harap saya dapat istiqamah dalam penulisan blog selepas ini. 


Video ni kenangan blog muktasim.com berjaya menjadi finalist dalam kategori Blog Fotografi di Social Media Awards MSMW 2013


Previous Post Next Post